SME Bank terbit Sukuk Kelestarian, permintaan RM536 juta - Utusan Malaysia

SME Bank terbit Sukuk Kelestarian, permintaan RM536 juta

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SME Bank merekodkan satu lagi terbitan Sukuk Kelestarian menerusi proses penetapan harga yang mencatatkan permintaan sebanyak RM536 juta, melebihi jumlah awal yang disasarkan iaitu RM300 juta.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aria Putera Ismail berkata, Sukuk Kelestarian tersebut berjaya menetapkan harga terbitan pada kadar keuntungan kompetitif sebanyak 4.04 peratus walaupun berdepan dengan persekitaran pasaran yang mencabar.

Katanya, sukuk itu menerima permintaan yang baik daripada institusi pembiayaan tempatan, syarikat pengurusan dana dan insurans serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

“Ini sekali gus menandakan tahap keyakinan yang tinggi daripada komuniti pelaburan terhadap keupayaan SME Bank untuk memenuhi mandatnya dalam membimbing dan membangunkan perusahan kecil dan sederhana (PKS),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Perbendaharaan, Mohd. Nazri Abu Samah berkata, hasil daripada terbitan tersebut akan digunakan untuk membiayai projek berkaitan Alam Sekitar, Tadbir Urus Sosial (ESG). 

“Selain itu, SME Bank juga dapat menawarkan penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif untuk perusahaan kecil dan sederhana. 

“Program Sukuk Wakalah jaminan bukan kerajaan SME Bank ini telah diberi penarafan AAA oleh Malaysian Rating Corporation Bhd. dan juga standard Emas, penarafan tertinggi untuk rangka kerja Sukuk Kelestarian agensi penarafan itu,” ujarnya.

SME Bank kini sedang dalam proses penerimagunaan ESG secara menyeluruh dan komprehensif dalam operasinya.

Bank itu juga dalam tahun kedua pelaksanaan Pelan Hala Tuju Kemapanan Tiga Tahun yang mana tumpuan menginstitusikan budaya ESG di seluruh bank dan mewujudkan kesedaran ESG secara maksimum dengan pelanggan dan menetapkan Rangka Kerja Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang komprehensif dan tersendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya