Kenaikan harga barang bawa kepada inflasi - DOSM

Kenaikan harga barang bawa kepada inflasi – DOSM

inflasi
Bab halal bukan hanya melibatkan sembelihan ayam dan daging tetapi semua jenis produk makanan waima yang dihasilkan oleh industri ataupun para peniaga kecil tempatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Krisis kenaikan harga barangan komoditi yang berlaku dalam pasaran, secara tidak langsung memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi Malaysia, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan harga barang akan membawa kepada inflasi yang akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara.

Di samping itu, kata beliau, Dasar Sifar Covid yang dilaksanakan oleh China telah menyebabkan kekurangan dan kelewatan pembekalan bahan, lantas menjejaskan pasaran global, terutamanya dalam sektor pembuatan.

Walau bagaimanapun, katanya, pengoperasian kesemua sektor ekonomi dan aktiviti sosial dilihat sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan permintaan tenaga buruh dalam negara.

“Di samping itu, kemasukan buruh asing ke dalam negara bagi menangani kekurangan tenaga buruh dalam industri tertentu juga diramal sebagai elemen positif dalam memastikan pasaran buruh kekal stabil walaupun ianya akan membawa kepada lebih banyak persaingan dan pasaran buruh yang lebih mencabar.

“Oleh itu, pasaran buruh dijangka berada dalam momentum pemulihan yang positif dalam beberapa bulan akan datang, namun ini tidak mengambil kira kesan jangka panjang daripada tekanan inflasi di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Uzir, Malaysia merekodkan kadar pengangguran 3.9 peratus pada Mei lalu dengan jumlah penganggur seramai 637,700 orang.

Beliau berkata, pemulihan pasaran buruh pada Mei 2022 terus stabil seiring dengan pengoperasian penuh kesemua aktiviti ekonomi.

Katanya, aktiviti ekonomi yang menggalakkan pada bulan tersebut mendorong kepada lebih banyak permintaan terhadap barang dan perkhidmatan, justeru memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan bagi menjana semula pendapatan mereka.

“Pasaran buruh juga dilihat semakin berkembang susulan lebih banyak permintaan dan penawaran buruh berlaku dalam pasaran bagi menampung keperluan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat.

“Justeru, kedudukan tenaga buruh pada bulan tersebut kekal kukuh dengan mencatatkan peningkatan bulan ke bulan dalam bilangan tenaga buruh iaitu sebanyak 0.2 peratus kepada 16.54 juta orang (April 2022: 16.50 juta orang).

“Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh pada Mei 2022 meningkat sedikit kepada 69.5 peratus (April 2022: 69.4 peratus). Situasi ini didorong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil manakala pengangguran terus menurun,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN