Ford Ranger generasi baharu berharga dari RM108,888

Ford Ranger generasi baharu berharga dari RM108,888

MAJLIS pelancaran generasi baharu Ford Ranger.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ford Motor Company, bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) membawakan Ford Ranger generasi baharu menjelang pelancaran rasmi model tersebut untuk pasaran tempatan.

Model Ranger generasi baharu itu merangkumi tujuh varian berbeza, termasuk XL, XLT, XLT Plus dan WildTrak. Sementara itu, Ranger Raptor berprestasi tinggi pula akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Harga Ranger baharu bermula dari RM108,888 (atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan).

Sempena ketibaan Ford Ranger generasi terbaharu itu, SDAC juga memperkenalkan beberapa perkhidmatan lepas jualan terkini yang akan memberikan pengalaman lebih baik buat pemiliknya.

Presiden ASEAN dan Pengedaran Pasaran Asia Pacific Ford Motor Company, Yukontorn ‘Vickie’ Wisadkosin berkata, Ranger sentiasa menjadi rakan yang selalu boleh diharapkan untuk peniaga kecil, keluarga, peminat kembara, kegunaan komersial dan banyak lagi di lebih 180 pasaran seluruh dunia.

“Dengan ciri terkehadapan baharu yang menawarkan lebih kebolehan dan kepelbagaian ciri, kami percaya Ranger generasi baharu akan terus membawa revolusi dalam segmen trak pikap dan mempertingkatkan lagi daya tarikannya yang sedia hebat dalam pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion-Ford, Turse Zuhair pula berkata, corak penggunaan trak pikap yang lebih daripada sekadar untuk kerja memang telah berkembang di Malaysia, terutama dalam golongan berpendapatan tinggi.

“Mereka sebelumnya lebih memilih menggunakan SUV, tetapi kini semakin cenderung terhadap Ranger, terutama WildTrak, disebabkan kebolehannya untuk tujuan kerja, teknologi terbaru dan ruang dalaman seakan kereta premium.

“Kami yakin Ranger generasi baru akan memenuhi keperluan dan kemahuan khalayak yang lebih luas sebagai kenderaan serba boleh untuk kerja, keluarga dan riadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN