PETALING JAYA: Ford Motor Company, bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) membawakan Ford Ranger generasi baharu menjelang pelancaran rasmi model tersebut untuk pasaran tempatan. Model Ranger generasi baharu itu merangkumi tujuh varian berbeza, termasuk XL, XLT, XLT Plus dan WildTrak. Sementara itu, Ranger Raptor berprestasi tinggi pula akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Harga Ranger baharu bermula dari RM108,888 (atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan).…