Aliran keluar mata wang asing jangka pendek diunjur AS$8.15b

Aliran keluar mata wang asing jangka pendek Malaysia diunjur AS$8.15 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran keluar mata wang asing jangka pendek Malaysia diunjur berjumlah AS$8.15 bilion (RM37.05 bilion) dalam tempoh 12 bulan akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut bank pusat itu, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan awal bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, termasuk pembayaran balik berjadual pinjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank mata wang asing Bank Negara.

Jelasnya, aliran masuk mata wang asing pula diunjur berjumlah AS$2.12 bilion (RM9.64 bilion) dalam tempoh 12 bulan akan datang.

BNM berkata, pecahan terperinci rizab antarabangsa adalah berdasarkan format Standard Penyebaran Data Khas (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa, yang menyediakan maklumat berpandangan ke hadapan mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab serta aset mata wang asing yang lain, dan jangkaan dan potensi aliran masuk dan keluar pertukaran asing kerajaan persekutuan dan BNM pada masa hadapan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Selaras dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

“Satu-satunya pengeluaran bersih jangka pendek luar jangka bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan bagi hutang mata wang asing yang perlu dibayar dalam tempoh setahun, berjumlah AS$401.6 juta (RM1.83 billion).

“Tiada pinjaman mata wang asing dengan pilihan terbenam, tiada saluran kredit tanpa syarat yang belum dikeluarkan yang disediakan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain,” katanya dalam kenyataan.

Jelas BNM, pihaknya juga tidak terlibat dalam pilihan mata wang asing berbanding ringgit.

Kedudukan hadapan pendek yang berjumlah AS$14 bilion (RM63.64 bilion) pada akhir Jun 2022 mencerminkan penguran mudah tunai dalam pasaran wang, jelas BNM.

Selain itu, katanya, aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$109.03 bilion (RM496.85 bilion) pada akhir Jun 2022, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.9 juta (RM26.82 juta) dalam tempoh yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN