Russia cari pasaran bahan api baharu di Afrika dan Timur Tengah - Utusan Malaysia

Russia cari pasaran bahan api baharu di Afrika dan Timur Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia meningkatkan bekalan petrol dan naphta ke Afrika dan Timur Tengah memandangkan ia bergelut untuk menjual bahan api di Eropah, manakaka Asia sudah mengambil jumlah minyak mentah Rusia yang lebih besar, menurut data Refinitiv Rusia.

Perkembangan itu berkemungkinan meningkatkan persaingan untuk pelanggan Asia antara Russia dan pengeksport bahan api besar lain seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS), yang merupakan tiga pembekal utama ke Asia.

Kesatuan Eropah telah mengurangkan import minyak mentah dan bahan api Russia secara perlahan sejak Mac dan bersetuju dengan embargo penuh yang akan berkuatkuasa menjelang hujung tahun ini.

Pembeli Asia telah mengambil langkah untuk meningkatkan pembelian minyak mentah Russia dengan pantas, walaupun Asia bukan pasaran semula jadi untuk bahan api Russia kerana Asia menapis lebih banyak minyak daripada yang diperlukan dan merupakan pengeksport bahan api bersih.

Itu menjadikan pencarian cawangan baharu seperti Afrika dan Timur Tengah penting bagi Russia untuk melindungi bahagian pasaran globalnya dan mengelakkan penurunan yang lebih mendalam dalam eksport dan pengeluaran minyak.

Peniaga yang terlibat dalam perdagangan produk minyak Russia memberitahu Reuters, Afrika dan Timur Tengah nampaknya menjadi pilihan utama untuk pembekal produk minyak negara itu.

“Jadi, kami menjangkakan lebih banyak penghantaran ke sana pada separuh kedua tahun ini apabula sekatan European Union (EU) semakin hampir,” katanya.

Syarikat minyak Russia baru-baru ini meningkatkan bekalan petrol dan naphta ke Afrika dan Timur Tengah dari Baltik, menurut peniaga.

Sebelum sekatan, kebanyakan bekalan Russia ke wilayah itu datang dari pelabuhan Black Sea.

Sekurang-kurangnya lima kargo yang membawa kira-kira 230,000 tan petrol dan naphta telah dibekalkan pada Mei hingga Jun dari pelabuhan Baltik Ust-Luga ke Oman dan ke hab minyak Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Fujairah, berdasarkan data Refinitiv.

Data tersebut turut menunjukkan, secara keseluruhan, bekalan naphtha dan petrol dari pelabuhan Rusia ke Oman dan UAE berjumlah hampir 550,000 tan tahun ini berbanding sifar pada keseluruhan 2021.

Nigeria dan Maghribi telah menjadi destinasi utama di Afrika untuk petrol dan naphtha Rusia dalam beberapa bulan kebelakang ini, manakala beberapa kargo juga dibekalkan ke Senegal, Sudan, Ivory Coast dan Togo.

Bekalan bulanan keseluruhan petrol dan naphtha Rusia ke rantau itu adalah kira-kira 200,000 tan dalam beberapa bulan belakangan ini, termasuk jumlah yang dihantar dari simpanan di pelabuhan Latvia dan Estonia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya