RichWorks bimbing WiraUsahawan Indonesia

RichWorks bimbing WiraUsahawan Indonesia

AZIZAN Osman berswafoto bersama Sandiaga Uno di Jakarta, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengorak langkah ke depan dalam melihat kolaborasi bersama Kementerian Ekonomi Kreatif dan Pelancongan Indonesia untuk membantu lebih 30 juta WiraUsahawan di sana.

Pengasasnya dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, perbincangan tersebut diadakan bersama Menterinya, Sandiaga Uno dilihat berjalan dengan lancar di ibu negara Indonesia, Jakarta pada pagi semalam.

“Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna meskipun waktu padat disebabkan esok program RichWorks sudah pun bermula yang bakal dihadiri sekitar 10,000 bangsa usahawan di Setia City Convention Centre (SCCC).

“Mudah-mudahan usaha kami ini, dapat berhasil untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat keseluruhannya di Indonesia,” katanya ketika dihubungi.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd; Timbalan Pengerusi Ekonomi Digital dan Produk-Produk Kreatif Indonesia, Muhammad Neil El Himam dan Penolong Timbalan Pengurusan Strategi Kementerian Pelancongan, Dr. Frans Teguh.

Program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis yang ditaja RichWorks sepenuhnya akan mulakan pendaftaran esok dan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Tambah Azizan, RichWorks sejak 2008 telah melatih dan bimbing sekitar 1.5 juta bangsa usahawan hingga melahirkan banyak testimoni kejayaan dan transformasi bisnes termasuk melahirkan usahawan jutawan.

“Anak didik kami bukan saja dalam negara, malah ada saja dari negara jiran, Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Bahkan pada tahun lalu saja, dalam program mentoring kami menghasilkan jualan keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion meskipun semasa pandemik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, langkah itu merupakan salah satu perancangan RichWorks dalam memperluaskan khidmat kepada lebih ramai bangsa usahawan bukan saja di dalam negara.

“Aspirasi dan perjuangan RichWorks selari dengan Azizan untuk membantu dan melihat kebangkitan usahawan terutama beragama Islam lebih berdaya saing, maju dan lestari di seluruh dunia khususnya di rantau Asia dengan keadaan yang penuh mencabar ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN