PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya (FLICK) bagi membantu meningkatkan akademik dan kebajikan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ia merupakan antara komitmen PTPTN dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyumbang kepada kebolehpasaran graduan ke arah menyediakan graduan yang berkualiti sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Program melibatkan sebanyak 14 IPTA di seluruh negara itu memfokuskan kepada memberi pendedahan…