SEBERANG PERAI: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) memperuntukkan RM43 juta dalam usaha melahirkan usahawan berdaya saing di negara ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mazlan Ibrahim berkata, peruntukan itu membabitkan pembiayaan dan latihan khusus buat usahawan francais termasuk francaisor, francaisi melalui program Transformasi Perniagaan (BIT). “Setiap tahun, kami akan mengenalpasti dan mengumpulkan jenama-jenama yang berpotensi untuk dibangunkan. “Kami akan bimbing dan memberi khidmat nasihat selain menyediakan skim pembiayaan francais bergantung kepada…










