Maxis pamer teknologi sedia masa hadapan di SEMICON SEA

Maxis pamer teknologi sedia masa hadapan di SEMICON SEA

Maxis dan Omron mempamerkan robot mudah alih autonomi yang dikuasakan oleh rangkaian Maxis Business di SEMICON SEA 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komited untuk mempercepatkan transformasi digital rentas industri, Maxis terus memacu penggunaan penyelesaian perusahaan transformatif dan inovasi merentas sektor ekonomi.

Sebagai penaja SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2022, Maxis Business menunjukkan sokongannya ke arah membina industri pembuatan yang mampan dan berdaya tahan.

Menurut Ketua Produk Perusahaan Maxis, Selvakumar Rajasekaran, perniagaan harus berkembang, lebih tangkas dan digital untuk menjadi ‘perusahaan masa hadapan’.

“Di Maxis, kami memainkan peranan penting dalam transformasi digital, melalui penyelesaian ICT kami, rangkaian konvergen generasi baru dan perkhidmatan menyeluruh untuk membantu mereka mencapai hasil perniagaan yang diinginkan. Kami amat berbesar hati untuk menjadi penaja SEMICON,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, Maxis bersama Omron, ahli Perikatan 5G Maxis yang baru dilancarkan, akan mempamerkan Autonomous Mobile Robots di pameran Pengembaraan Pembuatan Pintar dan Kelestarian, yang dikuasakan oleh rangkaian generasi seterusnya Maxis Business.

Jelasnya, kilang yang dipasangkan robot itu didayakan dengan LIVE 4G 24/7 untuk beroperasi tanpa henti.

“Hasilnya, para pengeluar dapat mengurangkan kos operasi sambil meningkatkan keselamatan dan produktiviti. Ini merupakan kerjasama pertama kedua belah pihak untuk membangunkan penyelesaian dan kes penggunaan yang dijalankan atas salinghubungan Maxis,” kata beliau.

Selvakumar berkata, setelah bekerjasama dengan perusahaan dan perusahaan kecil dan sedergana (PKS) dalam perjalanan pendigitalan mereka, Maxis memberikan pengalaman yang berbeza dengan Maxis Programmable Network.

Katanya, ia merupakan rangkaian perisian 3.0 yang diperakui MEF (Metro Ethernet Forum), sokongan tiada tandingan dengan perkhidmatan keselamatan terurus, dan terbaik dalam kelas penyelesaian daripada pemimpin teknologi global.

“Maxis Programmable Network membolehkan perniagaan mengukur permintaan kapasiti dengan tepat untuk memenuhi keperluan persekitaran IT yang berubah pantas sambil beroperasi pada prestasi tinggi yang konsisten,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN