Lazada lancar LazLive+ - Utusan Malaysia

Lazada lancar LazLive+

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lazada, perintis platform eDagang Asia Tenggara, mengumumkan proposisi baharu jenamanya iaitu Tambah ke Troli, Tambah Ke Hidup, selaras dengan pelancaran LazLive+, siri interaktif penstriman langsung.

Siri itu dikurasikan khas dengan menampilkan pakar-pakar terkenal, tulen dan dikagumi ramai yang bakal berkongsi petua, kemahiran dan idea menarik dengan para pelanggan.

Menurut Lazada, para pelanggan kini boleh mencari paparan kandungan yang menarik dan menghiburkan di platform eDagang, sekali gus mendapatkan beraneka pilihan fesyen dan produk kecantikan terkini.

Tambah ke Troli, Tambah ke Hidup mencerminkan kepercayaan jenama tersebut bahawa eDagang mampu menambah nilai ke dalam kehidupan para pengguna dengan menginspirasikan kaitan hubungan yang bermakna, serta mencetuskan pengalaman indah menerusi niat sebalik pembelian mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Lazada, Marcus Chew berkata, sambil populasi di seluruh Asia Tenggara tambah ke troli, Lazada ingin menjadi jambatan yang menghubungkan para pelanggan dengan peluang dan detik-detik yang mampu menambah nilai ke dalam kehidupan mereka.

“Bagi kami, satu contoh ialah apabila pelanggan membeli kuali, ia bukan hanya tentang pembelian produk tersebut, tetapi lebih kepada hasrat untuk memasak dan menghidangkan makanan yang lazat demi orang tersayang.

“Satu contoh lain ialah apabila pelanggan membeli tali skip lompat tujuan mereka ialah untuk menjadi lebih cergas dan sihat.

“Sama ada ianya satu hobi yang baharu, atau bertujuan untuk mengasah kemahiran, atau menjadikan rumah lebih selesa, atau makeover dengan stail baharu, setiap produk di platform Lazada berpotensi menjadi pencetus bagi meningkatkan keupayaan dan menambah nilai kepada kehidupan para pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, Lazlive+ juga mampu menjadi sumber inspirasi kepada para pelanggan dengan gabungan unik paparan shoppertainment dan shop-spiration, yang membolehkan para pelanggan menerokai dan merangsang minat, serta mencetuskan kemungkinan baharu dalam kehidupan mereka, lantaran inspirasi dan idea yang diilhamkan oleh pakar-pakar tersebut.

Episod LazLive+ berhasrat untuk menghubungkan para pelanggan dengan pakar dan idea menarik melalui demonstrasi masakan, petua stail penggayaan, tip untuk gaming, motivasi supaya lebih sihat dan cergas, serta banyak lagi.

Bermula 25 hingga 29 Julai, 9 malam hingga 10 malam setiap hari, para pengguna boleh menyaksikan siri tersebut dan juga berinteraksi dengan KOL tempatan menerusi undian dan ruang sembang secara langsung.

Kempen jenama terbaharu Lazada akan berlangsung di seluruh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam bermula hari ini, dengan pelancaran filem 30 saat, iklan out-of-home, siri visual utama, kandungan sosial yang melibatkan beberapa pempegaruh, pengaktifan media sosial setempat, dan paparan kreatif yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya