Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bawa pelaburan RM6.2

Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bawa pelaburan RM6.2 bilion dari China, Korea

sabah
Dr. Joachim Gunsalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) di bawah menterinya, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berjaya menarik pelaburan dari Korea Selatan dan China bernilai RM6.2 bilion untuk melabur di negeri ini.

Projek-projek tersebut melibatkan pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat pelabur dari Korea Selatan, SK Nexilis yang melabur sebanyak RM4.2 bilion dengan menyediakan hampir 500 peluang pekerjaan untuk penduduk Sabah.

Satu lagi adalah pembuatan kaca solar oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, yang melibatkan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan ini memberikan peluang pekerjaan hampir 2,000 kepada rakyat tempatan terutama belia.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Yubidi Gumpoyo berkata, semua projek itu merupakan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah MID.

“Kedua-dua projek utama yang sering diperkatakan ini merupakan hasil usaha Dr. Joachim yang bertungkus-lumus dari awal memastikan ia dilaksanakan dengan jayanya supaya impaknya dapat dinikmati oleh negeri dan rakyat secara keseluruhannya.

“Kejayaan membawa masuk projek-projek berimpak tinggi ini bukan sahaja menaikkan imej Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah–Barisan Nasional (GRS-BN) dan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ tetapi juga melonjakkan imej Parti Bersatu Sabah (PBS) selaku salah sebuah parti yang membentuk Kerajaan Negeri yang ada sekarang.

“Ini membuktikan Dr. Joachim sebenarnya seorang pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan tinggi sama ada sebagai seorang Ahli Kabinet Negeri Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mahupun selaku pemimpin kanan PBS.

“Limpahan kenikmatan daripada dua projek berimpak tinggi ini bukan sahaja dinikmati oleh negeri dan rakyat Sabah tetapi secara tidak langsung PBS kerana Dr. Joachim mewakili parti ini dalam Kerajaan GRS-BN.

“Ini juga bermakna pemilihan Dr. Joachim sebagai mewakili PBS memegang jawatan penting dalam Kabinet Kerajaan GRS-BN bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana beliau seorang yang kuat bekerja demi negeri dan rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, kritikan-kritikan dan tohmahan yang di lemparkan kepada Naib Presiden PBS itu adalah berniat jahat dengan tujuan mencemarkan imej beliau.

Kata Yubidi, ia satu propaganda berat sebelah dan cuba menjatuhkan imej Dr Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Perindustrian, wakil rakyat dan pemimpin kanan PBS.

Sebelum ini satu portal berita nasional mengulas tentang pertandingan satu lawan satu antara Dr. Joachim yang juga Naib Presiden PBS dan Setiausaha Agung parti, Datuk Joniston Bangkuai dalam pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden parti minggu ini.

Menurut Yubidi lagi, kewibawaan Dr. Joachim selaku wakil rakyat juga sepatutnya tidak dipersoalkan kerana kepercayaan diberikan rakyat Kundasang kepadanya selama 18 tahun adalah bukti beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan kerana itu rakyat di kawasannya mahukan beliau terus memimpin mereka.

“Lainlah kalau Dr Joachim ini baharu sahaja satu dua penggal sebagai wakil rakyat,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengakui Dr. Joachim bukanlah seorang pemimpin yang suka bercakap banyak kerana beliau ini jenis yang kuat bekerja, kurang bercakap.

“Dr. Joachim ini seperti diam-diam ubi berisi, dan isinya dinikmati oleh semua rakyat di negeri ini.

“Tetapi ini adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mahukan semua termasuk para pemimpin untuk kuat bekerja, kurangkan berpolitik,” jelasnya.

Menurut Yubidi lagi, Dr. Joachim menyertai PBS melalui kumpulan profesional pada tahun 2002 dan jawatan Naib Presiden yang disandangnya hingga kini dimenangi semasa pemilihan parti dahulu di mana beliau mendapat undi yang paling banyak ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.