PETALING JAYA: Cagamas Berhad berjaya menetapkan harga Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bertempoh tiga tahun pada RM100 juta untuk membiayai pembelian pembiayaan rumah daripada sistem kewangan. Urus niaga itu berjaya ditetapkan menjelang kenaikan kadar faedah seterusnya yang dijangka dilakukan secara meluas oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dalam usahanya untuk mengawal inflasi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong berkata, syarikat itu berbangga dengan prestasi terbitannya setakat…










