Bank guna rizab perlahan kejatuhan mata wang

Bank guna rizab perlahan kejatuhan mata wang

Simpanan atau rizab bank pusat Indonesia dilaporkan paling sedikit sejak November 2020. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Selepas bertahun mengumpul rizab pertukaran asing, bank-bank pusat di Asia dilaporkan mula memanfaatkannya untuk meningkatkan mata wang yang semakin lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Rizab Thailand susut kepada AS$221.4 bilion (RM973.89 bilion) setakat 17 Jun, menurut data yang dikeluarkan minggu lalu.

Jumlah itu terendah dalam tempoh lebih dua tahun. Sementara itu, angka bulanan menunjukkan, rizab Indonesia paling sedikit sejak November 2020.

Rizab Korea Selatan dan India pula pada tahap terendah dalam tempoh lebih setahun manakala rizab Malaysia jatuh paling banyak sejak 2015, lapor Bloomberg.

Pengurus portfolio makro global GAMA Asset Management di Geneva, Rajeev De Mello berkata, sesetengah negara menggunakan rizab mereka untuk menstabilkan mata wang apabila pergerakan berlebihan.

“Mereka tahu tidak boleh membalikkan kelemahan mata wang berbanding dolar AS, tetapi boleh `melancarkan’ penurunan itu.

“Setelah belajar daripada krisis kewangan Asia 1997, bank pusat telah mengumpul dolar untuk membantu mempertahankan mata wang mereka semasa tempoh perubahan pasaran yang drastik,” katanya.

Tahun ini, apabila Rizab Persekutuan meningkatkan nilai dolar AS, bank-bank pusat Asia telah membalikkan pembelian dengan Thailand dan Indonesia berjanji mengurangkan turun naik mata wang mereka.

Bank pusat Filipina pula berkata, ia membenarkan pasaran menentukan nilai peso berbanding dolar, dan hanya akan campur tangan untuk mengekang turun naik.

Mata wang Asia mungkin berada di bawah tekanan yang lebih banyak apabila Fed bersedia menaikkan lagi kadar faedah bulan depan, dengan penganalisis menjangkakan peningkatan minimum sebanyak 50 mata asas.

Kini, mata wang serantau berlegar pada paras terendah dengan peso Filipina pada Isnin merosot ke tahap paling lemah sejak 2005, manakala rupee India merosot ke paras terendah minggu lepas.

Sementara itu, ketua bersama penyelidikan ekonomi Asia di HSBC Holdings Plc., Frederic Neumann berkata, bank-bank pusat di Asia “bersandar pada yang tidak nyata” dan menggunakan campur tangan FX untuk melancarkan pelarasan kadar pertukaran.

“Pembalikkan aliran memerlukan lebih banyak penarikan dalam dolar AS yang mungkin hanya berlaku apabila pelabur melihat dengan lebih jelas penghujung kitaran tindakan Fed (mengetatkan kadar faedah),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN