PETALING JAYA: Anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Cenergi SEA Berhad (Cenergi) telah menandatangani perjanjian pakatan perniagaan strategik (SBAA) dengan Fabulous Sunview Sdn. Bhd. (Sunview) bagi membangunkan projek solar fotovoltaik berskala utiliti. Kerjasama itu juga melibatkan penyediaan penyelesaian tenaga mampan bersepadu untuk membantu pelanggan komersial dan perindustrian mencapai matlamat nyahkarbon dan kelestarian. Di bawah kerjasama strategik itu, Cenergi berperanan sebagai pemaju projek, pelabur dan operator manakala Sunview, yang merupakan peneraju perkhidmatan…










