Rizab BNM lebih rendah, berjumlah AS$112.5 bilion

Rizab BNM lebih rendah, berjumlah AS$112.5 bilion

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.5 bilion (RM492.41 bilion) pada 29 April 2022.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$100.0 bilion (RM492.41 bilion) setakat 29 April, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.4 bilion (RM6.13 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) AS$6.0 bilion (RM26.26 bilion), emas AS$2.4 bilion (RM10.50 bilion) dan aset rizab lain AS$2.7 bilion (RM11.82 bilion),” katanya.

Mengenai aset, BNM berkata, ia terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM472.5 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.2 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM165.6 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM23.7 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM21.1 bilion).

Rizab BNM itu lebih rendah berbanding pada 15 April lalu berjumlah US$114.4 bilion (RM500.73 bilion) dan memadai untuk membiayai 6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×