Resorts World Cruises lancar kapal persiaran Genting Dream.

Resort World lancar Genting Dream

Genting Dream yang dilengkapi kolam renang, dijangka memulakan pelayaran pada 15 Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Resorts World Cruises, gaya hidup dinamik dan pelayaran mewah Asia, akan membuat penampilan globalnya di Singapura pada 15 Jun ini dengan pelancaran kapal persiaran Genting Dream.

Resorts World Cruises menyasarkan untuk meletakkan dirinya sebagai rangkaian pelayaran terkemuka dan terbaik di rantau ini untuk penumpang Asia dan antarabangsa.

Kapal persiaran Genting Dream dengan 18 dek seberat 150,695 tan boleh memuatkan 3,352 penumpang, dengan nisbah ruang yang luas bagi setiap penumpang, merupakan kapal persiaran paling luas di Asia.

“Dan dengan 1,600 anak kapal, ia memberikan perkhidmatan terbaik dengan kru terbanyak bagi setiap penumpang berbanding kapal lain di rantau ini,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Menurut Resort World Cruise, Genting Dream merupakan ‘istana’ atau ‘kapal mewah di dalam kapal’, dengan dek atas mempunyai 142 suite, termasuk restoran eksklusif, bar, geladak matahari (sundeck), spa, gim dan kemudahan lain yang eksklusif dengan perkhidmatan butler.

“Genting Dream akan memenuhi demografi Asia yang luas, akan memberikan pengalaman pelayaran antarabangsa melebihi rakan sebayanya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Resort World Cruise, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, syarikat memulakan operasi pelayaran 30 tahun lalu di Singapura dan teruja untuk melancarkan semula Resorts World Cruises pertama di Singapura, negara pertama yang membuka semula pelayaran di rantau ini.

“Resort World Cruises akan mempunyai ibu pejabatnya di Singapura dan komited untuk menjadikan Singapura sebagai negara hab pelayaran terkemuka di Asia.

“Kami juga menghargai sokongan dan kepercayaan bank pajakan China dalam membenarkan Resorts World Cruises menyewa Genting Dream,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN