Real Madrid kelab termahal Eropah

Real Madrid kelab termahal Eropah

REAL Madrid CF muncul kelab termahal di Eropah dengan nilai 3.2 bilion euro. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Real Madrid CF Sepanyol mendahului ranking kelab bola sepak termahal Eropah 2022, dengan nilai 3.2 bilion euro (AS$3.4 bilion/RM14.94 bilion).

Menurut laporan Bloomberg, kelab bola sepak England kini ‘menyumbang’ hampir satu pertiga daripada pasukan pa­ling berharga dalam sukan ber­kenaan.

Jelasnya, setelah melihat kedudukan kewangan mereka pulih daripada pandemik Co­vid-19, 10 kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) tersenarai dalam kedudukan terkini 32 pasukan paling berharga di Eropah dikeluarkan oleh Footbal Benchmark.

Aston Villa FC dan West Ham United FC tersenarai buat kali pertama.

Manchester United FC, Li­verpool FC dan Manchester City FC merupakan kelab pa­ling berharga di EPL. Chelsea FC, yang minggu ini menyelesaikan jualannya kepada pelabur AS Todd Boehly, dan Tottenham Hotspur FC, dengan pemilik baharunya memberikan modal tambahan £150 juta (AS$188 juta/RM826.26 juta), juga berada dalam kedudukan 10 teratas.

EPL merupakan liga bola sepak terkaya di dunia dengan ramai pemain hebat termasuk Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah, yang terlibat dalam ‘perniagaan’. Dengan penonton global yang ramai, memboleh­kan kelab-kelab EPL menjana pendapatan berjuta-juta paun daripada tawaran penyiaran dan penajaan.

“Tidak seperti lima liga besar lain yang kesemuanya bersetuju menerima tawaran diskaun semasa rundingan hak penyiaran domestik, EPL berjaya `mengunci’ pakej semasa mereka tanpa sebarang kehilangan nilai dan meningkatkan bayaran ganti rugi daripada penyiaran antarabangsa,” kata Footbal Benchmark. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya