PETALING JAYA: Program perniagaan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Ekspo 2020 Dubai telah menjana RM16.33 bilion (AS$3.71 bilion) dalam potensi petunjuk perdagangan dan pelaburan. Menurut KASA, pihaknya bersama agensi di bawahnya iaitu Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), telah menganjurkan lima program perdagangan dan perniagaan semasa Ekspo tersebut bagi mempromosikan penyelesaian mampan berkaitan sektor alam sekitar dan air. Program-program tersebut…










