Pelanggan bertuah MR. D.I.Y menang kereta, motosikal - Utusan Malaysia

Pelanggan bertuah MR. D.I.Y menang kereta, motosikal

ALEX Goh (kiri) menyerahkan replika hadiah kereta Honda City Hatchback yang dimenangi Rudy menerusi peraduan MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR x P&G Beli & Menang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Aidilfitri kali ini amat meriah bagi Rudy Marzuki dan Marizainee Mat Hussin apabila dinobatkan sebagai pemenang utama peraduan ‘MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR x P&G Beli & Menang’ anjuran peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia tersebut.

Rudy, 50, membawa pulang sebuah kereta Honda City Hatchback S baharu, manakala Marizainee, 49, memenangi sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115Z.

Mengulas tentang kemenangannya, Rudy, perunding Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dari Kelantan berkata, kemenangan tersebut amat tidak disangka kerana dia memang berhajat untuk menukar kereta baharu selepas Aidilfitri.

“Saya amat gembira apabila mengetahui saya telah memenangi hadiah utama peraduan ini. MR. D.I.Y. dan Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G) telah memberikan hadiah raya yang terbaik dalam hidup saya,” katanya dalam kenyataan.

Marizainee yang bekerja sendiri turut berkongsi keterujaan tersebut dan memaklumkan ini merupakan kali pertama dia mengambil bahagian dalam peraduan yang dianjurkan oleh MR DOLLAR. 

“Saya amat suka membeli-belah di sana dan secara kebetulan, saya terlihat butir-butir peraduan tersebut semasa berkunjung ke cawangan tersebut bersama seorang rakan. 

“Kami berdua mengambil bahagian dan saya berasa sangat bertuah kerana telah terpilih sebagai pemenang utama,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR. D.I.Y., Alex Goh berkata, ‘MR. D.I.Y. x P&G Beli & Menang’ adalah peraduan yang paling popular dalam kalangan para pelanggannya. 

“Mereka menyukainya kerana mudah untuk mengambil bahagian dan hadiah-hadiahnya menarik, lebih-lebih lagi apabila kami bekerjasama dengan P&G. Cabarannya adalah untuk menjadikan ia lebih besar dan lebih baik namun rekod jumlah penyertaan tahun ini membuktikan kami berjaya berbuat demikian.

“Peraduan seperti ini membantu kami menyampaikan nilai yang konsisten kepada para pelanggan dan kami berterima kasih kepada P&G kerana telah bersama menjayakannya,” katanya.

Peraduan MR D.I.Y. tersebut menyaksikan lebih 590 pelanggan bertuah membawa pulang hadiah bernilai RM148,888, termasuk telefon pintar iPhone 13 Pro untuk dua pemenang hadiah kedua, pembersih vakum Dyson V12 Detect Slim Fluffy untuk empat pemenang hadiah ketiga serta 588 baucar tunai MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR sebagai hadiah sagu hati. 

Sementara itu, peraduan MR. DOLLAR menyaksikan para pemenang membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Televisyen Pintar Samsung 43 inci AU7700 4K UHD sebagai hadiah kedua dan 188 baucar tunai sebagai hadiah sagu hati.

Syarikat tersebut kini sedang menjalankan peraduan MR D.I.Y. x P&G “Raya & Menang” edisi kelima sehingga 31 Mei 2022. Pelanggan hanya perlu membeli produk-produk P&G bernilai RM15 dalam satu resit, imbas kod QR dan menjawab dua soalan mudah. Peraduan

ini menawarkan lebih daripada 100 hadiah mingguan dengan peti sejuk gaya 50-an dari SMEG sebagai hadiah utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya