Nilai mata wang kripto menjunam - Utusan Malaysia

Nilai mata wang kripto menjunam

Bitcoin, mata wang kripto paling terkenal di dunia telah kehilangan lebih daripada 37 peratus nilainya setakat tahun ini, jatuh kepada hampir AS$26,000 awal pagi semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nilai mata wang digital kripto menjunam semalam, sekali gus mengakibatkan kerugian berbilion-bilion kepada pelabur dan mencetuskan kebimbangan petanda kepada kejatuhan pasaran saham yang lebih luas.

Bitcoin, mata wang kripto paling terkenal di dunia telah kehilangan lebih daripada 37 peratus nilainya setakat tahun ini, jatuh kepada hampir AS$26,000 awal pagi semalam. 

Ia adalah kejatuhan terbesar memandangkan enam bulan lalu, Bitcoin telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa sekitar AS$69,000.

Mata wang kripto Ethereum yang kedua terbesar di dunia juga telah menyertai kejatuhan tersebut dengan penyusutan nilai sebanyak 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

Bitcoin ialah mata wang digital asal yang dimulakan pada 2009 untuk memintas bank pusat dan semakin banyak mata wang cabang telah diasaskan dalam beberapa tahun kebelakangan ini serta seni digital yang dipanggil token tidak boleh digunakan.

Semuanya telah menurun secara mendadak dalam nilai sejak beberapa hari lalu termasuk satu mata wang yang telah kehilangan 98 peratus daripada nilainya apabila kebimbangan terhadap ekonomi global merebak dan pelabur mula menjual aset berisiko itu.

Dianggarkan, lebih daripada AS$200 bilion telah dihapuskan daripada pasaran mata wang kripto, semalam.

Ethereum kini telah kehilangan lebih separuh daripada nilainya tahun ini, manakala Bitcoin telah kehilangan satu pertiga daripada nilainya sejak Januari dan Luna dengan 99 peratus daripada nilainya dihapuskan dalam tempoh 48 jam terakhir.

Pertukaran mata wang digital popular Coinbase memberi amaran kepada pengguna mengenai potensi kehilangan semua wang mereka jika syarikat itu muflis akibat keadaan itu.

Kelmarin, Luna, iaitu mata wang kripto kontroversi kepada TerraUSD jatuh menjunam kepada paras hampir tidak bernilai di bawah 0.002 dolar.

TerraUSD, atau disebut sebagai UST, menjadi tumpuan orang ramai, khususnya pelabur mata wang kripto sejak beberapa hari lalu selepas nilainya jatuh dibawah paras AS$1, biarpun sebelum ini ia digembar-gemburkan sebagai mata wang kripto stabil dan diikat one-to-one kepada dolar.

Kadar pertukaran UST juga jatuh merudum sekali gus menyebabkan banyak pelabur bergegas untuk melupuskan semua mata wang kripto Luna yang menjadi hampir tidak bernilai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya