Malakoff catat untung bersih RM50.9 juta

Malakoff catat untung bersih RM50.9 juta

malakoff
ANWAR SYAHRIN ABDUL AJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM50.9 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022. Ia menunjukkan penurunan 15.7 peratus daripada RM60.4 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Ini terutamanya disebabkan sumbangan lebih rendah daripada Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. (TBE) akibat daripada gangguan loji yang disebabkan oleh tekanan rendah kegagalan bilah turbin, ditambah dengan caj susut nilai yang lebih tinggi. 

Bagaimanapun, kesan itu telah diperbaiki sumbangan daripada Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP) memandangkan harga arang terpakai (ACP) yang lebih tinggi. Pestasi lebih baik daripada Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) serta pelaburan asing kumpulan dalam syarikat bersekutu turut membantu.

Syarikat turut mencatatkan hasil bernilai RM1.88 bilion pada suku yang ditinjau, meningkat 39.4 peratus daripada RM1.3 bilion yang dilaporkan pada suku sama tahun lalu.

Kecenderungan dalam hasil terutamanya disebabkan oleh pembayaran tenaga yang lebih tinggi yang direkodkan daripada TBP dan TBE. Ini memandangkan harga arang terpakai yang lebih tinggi sepanjang tempoh di bawah semakan.

Agresif

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, beliau kekal optimistik terhadap prestasi kumpulan untuk sepanjang tahun. Ini termasuk pengembangan agresif dalam ruang tenaga boleh baharu (RE) sudah dalam perancangan, bersama-sama dengan pertumbuhan tertumpu dalam segmen bukan konsesi penyelesaian alam sekitar.

“Kumpulan mengiktiraf kepentingan untuk menerapkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Didorong pelan tindakan ke dalam aliran kerjanya yang seterusnya akan membolehkan karbon rendah, agenda kemampanan cekap sumber untuk membuka peluang hasil baharu dalam TBB dan Sfera Penyelesaian Alam Sekitar. 

“Ini adalah penting semasa kami memulakan perjalanan kami ke arah mencapai Pelepasan Karbon Sifar menjelang 2050,” katanya.

Ujar beliau, kumpulan juga mencapai peristiwa penting dalam perjalanan kemampanannya dengan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan ITOCHU Corporation. Ia adalah, satu syarikat bersepadu terbesar di dunia untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai penyahkarbonan melalui penggunaan hidrogen atau ammonia di Johor. 

“Ini boleh menghasilkan potensi besar pembangunan terminal penerima ammonia untuk pembakaran bersama dan penggunaan hidrogen di loji jana kuasa kami serta peluang untuk bunkering dan bekalan ke kompleks perindustrian berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya