HLB, HLIB semak kadar asas kepada 2.88% - Utusan Malaysia

HLB, HLIB semak kadar asas kepada 2.88%

HONG Leong Bank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLIB) akan menyemak kadar asas (BR) dan kadar asas Islamik (IBR) kepada 2.88 peratus daripada 2.63 peratus berikutan peningkatan terkini dalam kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Pinjaman dan pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan Islam (IFR) akan disemak kepada 5.89 peratus daripada 5.64 peratus.

Menurut bank tersebut, perubahan itu akan berkuat kuasa mulai 17 Mei 2022. Semasa tempoh pandemik Covid-19 sejak Januari 2020, bank telah mengurangkan BR, IBR, BLR dan IFR sebanyak empat kali dengan semakan terakhir dilakukan pada 10 Julai 2020 untuk memberi bantuan dan sokongan untuk isi rumah dan perniagaan yang terjejas oleh wabak Covid-19.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, dengan aktiviti ekonomi terus pulih semula di Malaysia disokong oleh pemulihan berterusan aktiviti ekonomi dan perdagangan global, beberapa pelarasan kepada tahap monetari akan membantu mengelakkan risiko ketidakstabilan kewangan.

“Ia penting bagi mengimbangi kedua-dua keperluan ekonomi dan mengawal kadar inflasi yang meningkat dengan pesat.

“Kadar yang disemak masih kompetitif untuk pelaburan dan penggunaan dalam merangsang ekonomi Malaysia, khususnya peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan korporat yang ingin mengukuh dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan. 

Kelmarin, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan OPR dinaikkan 25 mata asas kepada 2.0 peratus berbanding 1.75 peratus yang diputuskan sejak 7 Julai 2020.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya