PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus, berbanding paras terendah pada 1.75 peratus yang diputuskan sejak 7 Julai 2020. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus. Bank Pusat berkata, pembukaan semula ekonomi global berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan…










