PETALING JAYA: Agrobank meluaskan rangkaian perbankannya di Sabah dengan pembukaan cawangannya yang ke-140 di Telupid. Pembukaan cawangan itu telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. Menurut Agrobank, Telupid dipilih sebagai lokasi terbaharu institusi kewangan pembangunan itu kerana kegiatan ekonominya dalam sektor pertanian serta industri pemprosesan makanan khususnya dalam penternakan ikan, penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta tanaman kelapa sawit dan getah. “Luasan rangkaian perbankan…










