PETALING JAYA: Zurich Malaysia dan Z Zurich Foundation telah memberi sumbangan dan membuat sesi berbuka puasa bersama 28 anak-anak kurang bernasib baik sempena Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Seramai 18 sukarelawan daripada Zurich Malaysia telah meluangkan masa bersama anak-anak Rumah Raudhatul Al-Faeez untuk berbuka puasa dan menaja hadiah Hari Raya serta barang-barang keperluan harian.
Zurich Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, rumah Raudhatul Al-Faeez menempatkan anak-anak yatim, yatim piatu dan asnaf yang berumur di antara 4 hingga 20 tahun.
“Rumah Raudhatul Al-Faeez juga merupakan penerima sumbangan padanan sukarelawan Zurich Malaysia 2021 sebanyak RM45,454.55 yang disalurkan oleh Z Zurich Foundation.
“Rumah tersebut juga merupakan penerima sumbangan padanan sukarelawan Zurich Malaysia 2021 sebanyak RM45,454.55 yang disalurkan oleh Z Zurich Foundation.
“Dana tersebut akan digunakan untuk membangunkan semula rumah mereka yang terbakar pada tahun 2018,” katanya. – UTUSAN