Rizab Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat

Rizab BNM meningkat

MALAYSIA berbesar hati telah mempengerusikan Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) selama dua tahun dan akan digantikan oleh Kanada. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.6 bilion (RM487.64 bilion) pada 31 Mac 2022, meningkat berbanding AS$115.2 bilion (RM485.74 bilion) pada 15 Mac lalu.

Menurut BNM, paras rizab itu telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 6.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing AS$103.1 bilion (RM434.91 bilion), kedudukan rizab IMF AS$1.4 bilion (RM5.91 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) AS$6.0 bilion (RM25.31 bilion), emas AS$2.4 bilion (RM10.12 bilion) dan aset rizab lain AS$2.7 bilion (RM11.39 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Mengenai aset, bank pusat itu berkata, ia terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM485.83 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.25 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM126.09 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM23.81 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.52 bilion).

Modal dan liabiliti pula, katanya, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM169.62 bilion), mata wang dalam edaran (RM152.03 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM165.41 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM5.13 bilion), deposit lain-lain (RM9.71 bilion), kertas bank negara (RM7.77 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.11 bilion) dan liability-liabiliti lain (RM4.78 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×