PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak kerana ia boleh mengakibatkan atau menjurus kepada penggunaan tenaga yang tinggi. Ini susulan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca panas akan berlarutan sehingga Mei ini, sebelum beransur reda pada Jun. TNB dalam kenyataan memaklumkan, antara langkah-langkah menjimatkan penggunaan tenaga, terutama pendingin hawa yang mudah dipraktikkan adalah melaraskan suhu sistem pendingin hawa di antara 24 ke…










