LONDON: Rangkaian fesyen terkenal, H&M mengumumkan akan menutup kira-kira 240 cawangan di seluruh dunia berikutan jualan yang merosot. Memetik laporan Mirror, peruncit fesyen kedua terbesar dunia itu memaklumkan cawangan berkenaan akan ditutup pada tahun ini. Bagaimanapun, H&M tidak memperincikan lokasi dan cawangan yang terlibat dengan penutupan tersebut. Selain itu, H&M turut menyatakan akan membuka sebanyak 95 cawangan baharu. “Penutupan itu terutamanya membabitkan cawangan di pasaran berdaya maju manakala pembukaan kedai…










