SINGAPURA: Hatten Land mengumumkan syarikat akan menjenamakan semula pusat beli-belah Elements Mall di Melaka kepada Element X, yang bakal dinaik taraf menjadi hab pengalaman sukan elektronik bersepadu atau e-sukan berskala besar pertama di Asia Tenggara. Hab itu akan merangkumi hotel bertema, arena e-sukan dan kemudahan pro-e-sukan, di sepanjang dermaga selat yang mempunyai keluasan 1.88 juta kaki persegi ruang runcit di 13 tingkat. Menurut Hatten Land, pihaknya dalam peringkat perbincangan lanjut…










