PETALING JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri dinobatkan sebagai johan pertandingan Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps anjuran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia Bakeries).
Pertandingan itu disertai oleh 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang.
Dalam program itu, pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rosniza binti Hussin berkata, sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian secara aktif dalam program hibrid ini yang melibatkan persidangan dalam talian dan pengaktifan fizikal di sekolah-sekolah bagi usaha melahirkan tabiat pemakanan yang lebih baik walaupun berdepan pandemik.
“Perkara ini patut dibanggakan oleh kita semua kerana kejayaan program ini bukan sahaja membantu menyemai tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar malah telah membuktikan bahawa kita semua telah berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Lavinia Anthony berkata, tabiat pemakanan sihat perlu diterapkan pada usia muda.
Ujarnya, oleh itu, #Rollinghealthywithrollupwraps adalah sebahagian daripada harapan yang lebih tinggi untuk memperkasakan belia dengan makan dengan lebih sihat.
“Kempen ini bukansahaja menyediakan informasi pemakanan, ia juga melibatkan para pelajar dalam penyediaan hidangan mereka yang diharapkan dapat menggalakkan kelestarian dan meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat.
“Di samping itu, penyediaannya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah Just Wrap It! Program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.
Taklimat dalam talian tersebut kemudiannya disusuli dengan pengedaran Gardenia Roll-Up Wraps di sekolah-sekolah berikut.
Poster dan papan rentang yang penuh berinformasi tentang amalan pemakanan sihat juga diletakkan di sekitar pekarangan sekolah bagi senantiasa mengingatkan pelajar tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat.
Di pusingan pertama, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta resipi sihat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps dan menghantar entri tersebut dalam bentuk video pendek menarik yang membawa mesej ‘Tabiat Pemakanan Sihat’.
Video itu kemudiannya di muat naik di media sosial dengan hashtag #RollingHealthyWithRollUpWraps untuk dinilai oleh panel juri daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gardenia Bakeries.
Entri tersebut kemudiannya disenarai pendek kepada hanya lima resipi terbaik yang bersaing antara satu sama lain pada pusingan akhir di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.
Resipi yang memenangi tempat pertama ialah The Permaisuri oleh SMK Seri Permaisuri dianggotai Haslina Ramli sebagai guru pembimbing, bersama Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, dan Adeem Khairil, pelajar Tingkatan 5. – UTUSAN










