Elixxi Beauty bekerjasama dengan Sofia Iman lancar kit raya

Elixxi Beauty bekerjasama dengan Sofia Iman lancar kit raya

elixxi beauty
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Raya yang bakal menjelang tiba, jenama kecantikan tempatan Elixxi Beauty telah berkerjasama dengan jenama songket terkemuka Sofia Iman untuk melancarkan kit Raya
istimewa yang terdiri daripada produk-produk penjagaan kulit daripada Elixxi Beauty serta pakaian edisi Remboelan dan shawl Sofia Iman.

Norliana Nazir

“Setiap wanita juga pasti mahu kelihatan cantik dan bergaya, dan kolaborasi ini selari dengan misi Elixxi Beauty untuk bukan sahaja menawarkan produk-produk yang berkualiti tetapi juga membantu meningkatkan gaya hidup pengguna kami secara keseluruhan.

“Dan disebabkan itulah Sofia Iman dan Elixxi Beauty membuat keputusan untuk sama-sama memanfaatkan kekuatan jenama masing-masing untuk terus membolos pasaran,” kata Pengurus Besar Elixxi
Beauty, Norliana Nazir.

Keseluruhannya terdapat empat jenis kit istimewa iaitu Kit Jelita, Kit Juwita, Kit Anggun dan Kit Kirana dan
kesemua kit-kit ini ditawarkan pada harga promosi.

Bagi mereka yang ingin memantapkan skin resilience dan menginginkan kulit yang kekal awet muda, Kit Jelita merupakan pilihan yang sangat tepat. Elixxi Perfecting Serum dan Moisturiser yang boleh didapati dalam Kit Jelita ini dihasilkan menggunakan teknologi MossCellTec TM No. 1 (lumut yang dihasilkan menerusi bioteknologi).

Antara produk lain yang diketengahkan ialah Kit Kirana yang menggabungkan Remboelan by Sofia Iman, dan ElixxiHydrating Face Mist. Pembeli boleh memilih mana-mana rekaan Remboelan yang mereka mahukan dan membawa pulang Elixxi Hydrating Face Mist yang juga bertindak sebagai setting spray untuk makeup.

Kit Raya istimewa yang merupakan kelahiran kolaborasi eksklusif ini hanya boleh didapati di reruai-reruai #SofiaImanxElixxi yang telah bertapak di lokasi-lokasi yang berikut: Suria KLCC, Kuala Lumpur; IOI City Mall, Putrajaya; The Curve, Mutiara Damansara; dan Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.

Pelbagai promosi hebat, peraduan menarik dan cabutan bertuah menanti pengunjung di reruai #SofiaImanxElixxi. Antaranya Pencarian Wajah Baru Elixxi yang menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia dari usia 18 tahun sehingga 50 tahun.

Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mencuba mana-mana produk utama Elixxi Beauty seperti toner, serum, moisturiser, face mist, hydrogel eye mask, body oil, body scrub dan sebagainya secara bersemuka.

Apa yang menariknya tentang Elixxi Beauty adalah kesemua produk diinspirasikan oleh sains dan mengguna pakai pelbagai teknologi moden. Sebagai contoh, Elixxi Facial Lipo Mask dihasilkan menerusi teknologi LipoMask
TM dan telah melalui ujian klinikal yang membuktikan pengurangan kedutan sebanyak 23 peratus dan kenaikan kadar lembapan sebanyak 22 peratus.

Bahan-bahan aktif yang diguna pakai juga banyak disumberkan dari Eropah dan juga Jepun.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Elixxi Beauty dan Sofia Iman, anda boleh melayari elixxi.store dan juga sofiaiman.com atau kunjungi reruai-reruai #SofiaImanxElixxi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya