WZ Satu cadangan untuk menukar nama kepada Citaglobal Berhad

WZ Satu berhasrat menjadi sebuah konglomerat

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat kejuruteraan dan pembinaan, WZ Satu Berhad (WZ Satu) telah mengemukakan cadangan untuk menukar nama kepada Citaglobal Berhad bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang teras perniagaannya yang sedang bergerak ke hadapan.

Menurut syarikat itu, Kumpulan berhasrat untuk berubah menjadi sebuah konglomerat yang terbabit dalam pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan sektor teknologi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, WZ Satu berkata, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian bagi mendapat kelulusan
pemegang saham.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden WZ Satu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, cadangan penukaran nama mencerminkan keazaman beliau untuk meneruskan pengalaman dalam mengembangkan Citaglobal bagi membawa WZ Satu ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya tidak sabar-sabar untuk menjadikan WZ Satu sebagai peserta yang serius dalam industri yang sedang diceburinya serta industri baharu yang boleh menyediakan pertumbuhan transformasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setakat 31 Disember 2021, buku pesanan WZ Satu berjumlah RM578 juta dan ia akan memberikan prospek jelas pendapatan syarikat sehingga 2023.

Jelasnya, dalam beberapa tahun akan datang, satu daripada pemacu utama bagi WZ Satu ialah pelancaran rangkaian 5G Malaysia.

“Sebaik sahaja kami melengkapkan pemerolehan daripada Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. (CESSB), Kumpulan dijangka bakal menjadi penerima manfaat pembangunan menara telekomunikasi 5G di seluruh negara,” tambah beliau.

CESSB mempunyai lebih 15 tahun pengalaman sebagai jururunding kejuruteraan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan, dan empat tahun pengalaman dalam pembangunan menara telekomunikasi.

Pada masa ini terdapat 20 menara yang menjana pendapatan berulang di bawah CESSB, dan syarikat itu sedang membida untuk mendapatkan lebih banyak lagi projek berkenaan.

“Walaupun WZ Satu tidak memiliki lesen yang diperlukan (lesen pembekal kemudahan rangkaian) dalam perkara ini, namun CESSB memilikinya, dan kami merancangan untuk menyuntik beberapa projek menara ke dalam projek yang dahulu,” jelas Mohamad Norza lagi.

Kumpulan baru-baru ini mencatat pemulihan pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (4Q21) dengan keuntungan bersih sebanyak RM3.6 juta bersandarkan pendapatan sebanyak RM57 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN