Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dilantik CEO IIM yang baharu

Wan Suraya dilantik CEO Institut Integriti Malaysia

WAN SURAYA WAN MOHD. RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, pelantikan Wan Suraya berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta membudayakan amalan integriti dan tadbir urus terbaik dapat lebih diperkasakan ke arah menyokong agenda integriti nasional,” katanya dalam kenyataan.

Wan Suraya sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di pelbagai kementerian di samping berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN