PETALING JAYA: Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa hari ini. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, pelantikan Wan Suraya berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam. “Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta…










