Valyou terajui perniagaan prabayar MVNO - Utusan Malaysia

Valyou terajui perniagaan prabayar MVNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade), penyedia perniagaan perkhidmatan wang terbesar di Malaysia mengumumkan pemindahan perkhidmatan pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) kepada anak syarikat milik penuhnya, Valyou Sdn. Bhd. (Valyou) berkuat kuasa serta-merta.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K. Veeran berkata, memindahkan perkhidmatan MVNO ke Valyou akan mewujudkan dua syarikat tersendiri dengan ciri-ciri kawal selia dan perniagaan yang unik menerajui industri masing-masing.

“Pemisahan itu akan meningkatkan fokus satu sama lain dan membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas bagi Merchantrade dan Valyou. 

“Ia juga akan membolehkan fokus yang lebih besar untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, bertindak balas terhadap trend saluran dan dengan akauntabiliti yang jelas untuk penyampaian perkhidmatan.

“Oleh itu, kedua-dua Merchantrade dan Valyou akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan kedudukan pasaran yang berbeza, keutamaan dan pemacu pertumbuhan untuk mencapai pertumbuhan menguntungkan yang mampan dan meningkatkan nilai pemegang saham,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ramasamy, Valyou kini akan memacu perkhidmatan MVNO, strategi pertumbuhan dan prestasi kumpulan, dan pihaknya melihat manfaat yang sangat besar menerusi amalan korporat tersebut.

“Ini kerana, ia menjajarkan fokus kami secara dalaman, daripada itu kami akan dapat membangunkan strategi holistik yang lebih baik merentasi rantaian nilai kami,” ujarnya.

Tambah beliau, syarikat percaya Valyou yang direka untuk memberikan perkhidmatan terkini itu mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk meletakkan perniagaan itu pada landasan yang kukuh untuk pertumbuhan. 

“Kami yakin Valyou akan terus menjadi pemboleh digital yang kukuh, terutama dalam kalangan segmen sasaran,” jelasnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.