PETALING JAYA: Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) yang berdepan dengan masalah kewangan yang teruk telah melantik pakar penstrukturan semula, Cosimo Borelli sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutifnya berkuat kuasa 25 Mac lalu. Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia Jumaat lalu, Kumpulan itu berkata, pakar Australia itu kini merupakan peneraju amalan penstrukturan semula Asia Pasifik dan Caribbean bagi firma Kroll. Menurut Sapura, beliau juga seorang pakar penyusunan semula dan insolvensi terkenal…










