KTIP bakal menjadi kompleks kilang penapisan bio terbesar di Asia.

Kilang penapisan bio generasi kedua terbesar Asia di KTIP

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) dan Burhanuddin Hilmi (dua, dari kiri) selepas melancarkan Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) di Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Projek pemba­ngu­­nan Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) di kawasan seluas 407 hektar di sini bakal menjadi kompleks kilang penapisan bio generasi kedua terbesar di Asia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, fasa satu bagi projek bernilai RM680 juta itu dijangka siap menjelang 2024.

Katanya, projek yang dirintis anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) dan MGB Berhad (MGB) itu bukan sahaja berpotensi membangunkan industri petrokimia dan pembuatan, malah memangkin

perkembangan infrastruktur serta perkhidmatan sokongan di samping memperkasakan ja­ringan nilai di daerah Kemaman.

“Kita memberi ruang kepada pihak industri untuk menjalankan aktiviti di KTIP dan mengalu-alukan kedatangan seberapa banyak pelabur.

“KTIP bukan sahaja berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan para pelabur terlibat, malah limpahannya bakal dinikmati rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang,” kata­nya kepada pemberita selepas me­lancarkan KTIP di sini semalam.

Yang hadir sama, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanuddin Hilmi Mohamed.

Ahmad Samsuri berkata, kedudukan KTIP di lokasi strategik hab bioekonomi bersepadu melibatkan industri biopolimer di samping produk kimia mampu menarik kedatangan ramai pelabur.

Katanya, tarikan itu terma­suk kemudahan infrastruktur dan fasiliti sedia ada seperti loji pemprosesan gas, loji penapisan minyak dan dua pelabuhan iaitu di Kemaman serta Kertih.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan pelbagai usaha bagi memacu pemba­ngunan sumber ekonomi utama dan sokongan, termasuk pembesaran kapasiti Pelabuhan Kemaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN