Jadem jalin kerjasama dengan Findbond Heavy Machinery Sdn. Bhd.

Jadem perkukuh industri perlombongan

Majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Jadem Trading Sdn. Bhd. dan Findbond Heavy Machinery Sdn. Bhd. di Puchong, Petaling Jaya, membabitkan kerjasama dalam industri perlombongan di dalam negara. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jadem Tra­ding Sdn. Bhd. (Jadem) telah menjalinkan kerjasama dengan Findbond Heavy Machinery Sdn. Bhd. untuk menubuhkan syarikat Jadem Findbond Heavy Machinery Sdn. Bhd. (Jadem) bagi menerajui industri perlombongan di negara ini.

Pengarah Urusan Bersama Jade Marvel Group Berhad, Datuk David Khoo Yik Chou berkata, pihaknya berterima kasih kepada Findbond kerana memberi peluang kepada Kumpulan untuk bekerjasama dalam menyediakan pembangunan yang hebat untuk semua pemain perlombongan di Malaysia.

“Hasil kerjasama dengan mereka, kami boleh membekalkan jentera berat seperti mesin pengorek, trak pembuang dan sebagainya dengan model kerja mampu milik sekali gus memberi manfaat kepada semua pemain perlombongan dalam negara.

“Findbond yang disokong oleh Kumpulan Xuzhou Construction Machinery Group Ltd. (XCMG), syarikat pengeluaran jentera berat multinasional milik China, telah memperuntukkan RM100 juta bagi menyokong entiti JV kami untuk melanjutkan pajakan atau memajak untuk membeli khususnya buat pemain perlombo­ngan dalam negara.

“Dengan peruntukkan itu, kami percaya terdapat 300 jentera berat dan peralatan yang sedia untuk berkhidmat bagi tahun 2022 dan 2023,” katanya dalam ucapan pada majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) itu, Sabtu lalu.

Ujarnya, itu adalah satu lagi pencapaian hebat yang dicapai oleh Kumpulan Jade Marvel dan pasukan perdagangan Jadem.

“Saya percaya kerjasama ini akan melengkapkan keseluruhan ekosistem perlombongan industri dan seterusnya mencipta nilai yang besar kepada Kumpulan,” katanya.

Findbond mempunyai pe­ngalaman selama 27 tahun dalam industri jentera berat, dengan memiliki stokyard berukuran 26,000 meter persegi, pasukan juruteknik berkelayakan yang berdedikasi dan kemudahan perkhidmatan yang lengkap dan diselenggara dengan baik. Finbond kini pengedar sah rasmi Kumpulan XCMG di Malaysia.

Sementara itu, Jadem turut memeterai memorandum perjanjian (MoA) bersama China Shandong Rizhao Xinlanshan Asset Management Co. (Rizhao Xinlanshan).

Menerusi kerjasama itu, tempahan sebanyak 600,000 tan mineral bernilai lebih kurang RM300 juta ditawarkan oleh Rizhao Xinlanshan kepada Jadem untuk tempoh setahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN