PETALING JAYA: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menjalin kerjasama antarabangsa pertama bersama Accenture Singapura untuk membangunkan strategi penglibatan pasaran serta produk dan perkhidmatan di sektor bernilai tinggi. Memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak memfokuskan bidang Analitik Data Raya (Big Data Analytics), Kecerdasan Buatan (AI), pembangunan aplikasi kod rendah, sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) berasaskan awan, DevOps dengan keupayaan perkhidmatan mikro dan banyak lagi. Menurut kenyataan, jalinan kerjasama ini…










