PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu bersedia menerima kenaikan harga barangan terutamanya makanan di restoran berikutan kenaikan kadar gaji minimum bermula 1 Mei depan. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, secara teori, peningkatan gaji minimum adalah bagus untuk kebajikan pekerja am, khususnya daripada keluarga kategori B40 kerana ia membantu memperbaiki taraf hidup mereka. “Ia juga sedikit sebanyak membantu menaikkan kuasa beli mereka, apatah lagi…










