Sunway juga telah menerima penilaian MSCI ESG tertinggi antarabangsa

ESG: Sunway terima penarafan A

Sunway menyasarkan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Berhad (Sunway) kini berada di kedudukan antara 15 peratus teratas Penanda Aras Klasifikasi Industri (ICB) Supersektor yang dinilai oleh FTSE Russell selain menerima penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ‘A’ oleh Morgan Stanley Capital International (MSCI).

Selain itu, Sunway disenaraikan oleh Bursa Malaysia sebagai antara syarikat teratas dalam negara berdasarkan Penarafan ESG dalam indeks FTSE Bursa Malaysia yang dinilai oleh FTSE Russell.

Sunway merupakan antara syarikat pertama yang disenaraikan di indeks Bursa Malaysia FTSE4Good dan telah mengekalkan penyenaraiannya selama tujuh tahun berturut-turut.

Sunway juga telah menerima penilaian MSCI ESG tertinggi antarabangsa, yang dinaik taraf daripada ‘BBB’ ke ‘A’.

Presiden Sunway, Tan Sri Chew Chee Kin berkata, pihaknya telah meningkatkan usaha dalam memperjuangkan agenda kelestarian pembangunan.

“Pencapaian tersebut akan memacu pertumbuhan kami dalam mengejar kemampanan dan kejayaan jangka panjang dengan sentiasa menambah baik amalan ESG.

“Kami mempunyai niat untuk mengembangkan nilai kami untuk pemegang saham dengan bertanggungjawab sambil memupuk masa depan yang mampan.

“Kami akan terus menjalankan tanggungjawab pertumbuhan dengan memanfaatkan kekuatan unik kami dan membina model perniagaan kendalian sendiri.

“Kumpulan kekal komited terhadap kebajikan pekerja kami dengan menyediakan sokongan, persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta melabur dalam pertumbuhan kerjaya mereka,” katanya dalam kenyataan.

Selaras dengan aspirasi Sunway untuk membina masa depan yang mampan dengan Perjanjian  Paris, Kumpulan komited untuk menetapkan sasaran berasaskan sains.

Sunway menyasarkan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, dengan sasaran interim untuk mengurangkan separuh pelepasan menjelang 2030 dengan memberi tumpuan kepada pengurangan sisa pelepasan dan menambah baik kecekapan penggantian tenaga.

MSCI adalah peneraju penyedia alat dan perkhidmatan sokongan keputusan kritikal untuk pelaburan global komuniti. Penilaian MSCI ESG bertujuan untuk mengukur daya tahan syarikat terhadap risiko ESG jangka panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN