PETALING JAYA: YTL Power International Bhd. melupuskan keseluruhan 33.5 peratus kepentingannya dalam ElectraNet Pty Ltd Australia pada harga A$1.03 bilion (RM3.07 bilion). Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan itu berkata, penjualan kepentingan oleh anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, YTL Power Investments Ltd (YTLPIL) kepada Australian Utilities Pty Ltd juga termasuk 3,300 nota pinjaman pemegang saham, 2,550 nota pinjaman pilihan dan 26.28 juta nota pinjaman pemegang saham subsidiari dikeluarkan kepada…










