PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) meluaskan lagi akses rakyat kepada capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan terkini menghubungkan 56,132 kediaman di enam kawasan di Perak. Menurut TNB, pencapaian itu menjadikan lebih 180,000 premis meliputi Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor berada dalam rangkaian kemudahan tersebut. Jelasnya, kemudahan itu menyokong Pelan Jalinan Digital Negara…










