Penilaian diberikan itu didorong oleh kedudukan MMC Port yang kukuh.

Sukuk: MMC Port dapat penarafan AA-IS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Rating Corp. Bhd. (MARC) telah memberikan penarafan awal AA-IS kepada program murabahah sukuk milik MMC Port Holdings Sdn. Bhd. (MMC Port) yang bernilai RM1 bilion.

Menurut agensi penarafan itu, penarafan AA-IS itu mempunyai prospek yang stabil. Penilaian yang diberikan itu didorong oleh kedudukan kompetitif MMC Port yang sangat kukuh dalam kalangan pengendali pelabuhan pemindahan kapal di serantau dan pengendali pelabuhan pintu masuk dalam negara, serta rekod prestasinya yang mantap dalam membangun dan mengendalikan kontena dan pelabuhan konvensional.

“Faktor penyederhanaan utama penarafan ialah kecenderungan MMC Port kepada kitaran ekonomi, terutamanya aliran perdagangan yang boleh mempengaruhi volum pengendalian pelabuhan.

“Dalam tempoh terdekat, prestasi pelabihan MMC dijangka disokong oleh perdagangan laut yang semakin meningkat, diunjurkan pada kira-kira 4.0 peratus setahun,” katanya.

Syarikat juga menekankan, untuk 2022 hingga 2023, Kumpulan telah merancang perbelanjaan modal kira-kira RM3.2 bilion, sebahagian besarnya untuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Northport, yang dijangka dibiayai sebahagian besarnya melalui dana dalaman pelabuhan.

Ujarnya, pinjaman disatukan kumpulan berjumlah RM6 bilion pada akhir Jun 2021, di mana RM1.1 bilion merupakan pinjaman tertunggak syarikat induk yang diambil pada 2015 untuk pemerolehan pegangan ekuiti dalam NCB Holdings Berhad, syarikat induk Northport.

“Hasil daripada pengeluaran yang dicadangkan akan digunakan untuk membiayai semula pinjaman berjangka ini.

“Dalam jangka sederhana, hasil daripada penyenaraian MMC Port yang dijangka akan mengukuhkan kunci kira-kiranya, terutamanya nisbah hutang kepada ekuitinya, yang berada pada 1.27 kali pada penghujung separuh pertama tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN