SEMENJAK wujudnya Covid-19 sehingga memaksa pelaksan aan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, banyak perniagaan daripada pelbagai sektor terpaksa gulung tikar dan ekonomi negara terus merudum.
Tetapi selepas tamat PKP, walaupun ekonomi negara kembali merangkak pulih, kejadian alam yang di luar jangka iaitu banjir yang menenggelamkan kediaman penduduk dan merosakkan harta benda dengan kerugian mencecah lebih RM6.1 bilion.
Namun, banjir besar luar biasa itu berjaya mencetuskan semangat kesukarelaan dan kebersamaan luar biasa dalam kalangan anggota masyarakat dari seluruh pelosok negara walaupun tanggungjawab utama membantu mangsa bencana alam ini terletak di bahu kerajaan melalui pelbagai agensi yang ada.

Justeru, Al Wafi Marketing Sdn. Bhd. tidak ingin melepaskan peluang untuk menabur bakti kepada masyarakat atau mangsa banjir yang sedang mengalami kesempitan ekonomi dan kehilangan harta benda dengan mewujudkan Program Ummah Sukses.
Program tersebut adalah inisiatif untuk membantu ummah di Malaysia yang diwujudkan oleh Al-Wafi bagi memastikan masyarakat muslim dibantu dalam menghadapi krisis ekonomi masa sekarang.
Al-Wafi menjemput orang ramai menyertai program itu dengan menjadi duta produk kepada jenama syarikat tersebut.
“Di Al-Wafi kami amat percaya pada konsep berbagi rezeki. Oleh itu, matlamat utama program ini adalah untuk menghasilkan sebanyak mungkin peluang perniagaan dan pendapatan serta melahirkan ummah sukses untuk dunia dan akhirat.
“Kami percaya, keikhlasan kami untuk membantu orang ramai akan dapat dirasai dan dihayati dalam penyampaian khasiat dan kualiti produk-produk yang kami sediakan dengan harga mampu milik namun berkualiti tinggi bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat menikmati kelebihannya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Al-Wafi, Abdul Hafidz Alwi ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Utama Batang Kali, Selangor, baru-baru ini.

Antara produk yang akan ditugaskan kepada duta produk untuk melakukan promosi dan penjualan adalah Softgel Habbatus Sauda, Kopi Pra-Campuran Habbatus Sauda Bermadu, Madu Habbatus Sauda dan Kismis Minda
Abdul Hafidz berkata, setiap duta produk akan dilatih untuk menyebar kebaikan habbatus sauda dan bagaimana untuk menjemput orang ramai supaya turut serta menyertai program tersebut dan mencapai tujuan utama iaitu ‘ummah sukses.’
“Duta produk akan dipantau secara berkumpulan oleh pihak ketua duta produk yang dilantik oleh pihak syarikat bagi memastikan perkembangan duta produk akan terus terjamin dan mencapai matlamat ditetapkan,” ujarnya.
Tambahnya, peserta program ummah sukses akan dilengkapi dengan aplikasi khas telefon yang akan memberi manfaat kepada duta produk dari segi maklumat pencapaian, status pembelian atau penghantaran dan informasi promosi terkini.
“Bonus tambahan sebagai galakan kepada duta produk turut diberikan sebagai galakan untuk mereka mencapai sasaran dari masa ke semasa, tertakluk kepada syarat-syarat khas yang ditetapkan sepanjang tempoh cabaran berlangsung,” jelasnya.
Kepada mereka yang berminat untuk menambah pendapatan, Al-Wafi boleh dihubungi melalui talian 017-3621711 (Amarizqy), 012-20936067 (Fira) atau layari facebook https://www.facebook.com/alwafimarketing/ atau https://t.me/joinchat/Fd_yUN6jhAc4NTg1. – UTUSAN










