KPS sasar pertambahan pendapatan lebih lima peratus tahun ini

KPS sasar peningkatan pendapatan lebih lima peratus

DARI kiri, Haris Kasim Haris, Amirudin Shari dan Ahmad Fariz Hassan menyaksikan tayangan video pelancaran logo baharu KPS di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) mensasarkan pertambahan pendapatan lebih lima peratus pada tahun ini setelah beralih daripada sektor pembuatan, yang diceburi ketika ini kepada sektor infrastruktur dan utiliti.

Meskipun begitu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat kerajaan negeri itu, Ahmad Fariz Hassan berkata, sektor pembuatan masih lagi menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat, iaitu sekitar 85 hingga 90 peratus.

“Keputusan mempelbagaikan pelaburan ini dibuat setelah syarikat memperkenalkan Program Transformasi Perniagaan (BTP) pada tahun 2016.

“Sejak 2016, KPS telah melabur di beberapa syarikat pembuatan tempatan dan kini sedang giat meneroka peluang yang sama di luar negara,” katanya selepas majlis pelancaran logo baharu syarikat itu di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Logo tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Pengerusi KPS, Datuk Haris Kassim.

Menurutnya, antara syarikat yang telah dilabur KPS seperti Kaiserkorp Corporation Sdn. Bhd. (Kaiserkorp Corporation), King Koil, Toyoplas Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Toyoplas) dan beberapa syarikat lain.

“Kita juga ada membuat pelaburan di Amerika Syarikat, China, Indonesia dan Vietnam dengan operasi perniagaan di luar negara kini menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pendapatan syarikat.

“Kini, rantaian nilai perniagaan KPS telah melangkaui lebih 90 negara dengan profil pelanggan terdiri daripada syarikat-syarikat multinasional,” ujarnya.

Ahmad Fariz turut memaklumkan bahawa pendapatan KPS telah meningkat, iaitu dari RM200 juta pada tahun 2016 kepada RM1.3 bilion pada tahun lalu, walaupun sektor ekonomi sedikit terpalit akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, beberapa anak-anak syarikat yang mencatatkan prestasi memberangsangkan menjadi faktor kepada peningkatan pendapatan KPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN