Koperasi Kakitangan Petronas (KOPETRO) dipilih koperasi kedua terbaik.

KOPETRO diiktiraf koperasi kedua terbaik negara

KOPETRO menerima pengiktirafan sebagai koperasi kedua terbaik di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO)  telah dipilih sebagai koperasi kedua terbaik didalam senarai indeks 100 koperasi terbaik Malaysia, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada 1980.

Pengerusinya, Khairu Najhan Zainuddin berkata, pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah berdasarkan kecemerlangan koperasi dalam mengurus tadbir dan kedudukan kewangan yang terus kukuh.

“Sebagai antara koperasi terunggul di Malaysia, kami akan terus komited bagi menjadikan KOPETRO sebagai jenama korporat yang dikenali dan diterima ramai.

“Pengiktirafan itu penting bagi membuktikan KOPETRO berada pada landasan yang tepat dalam memantapkan pengurusan operasi yang efisien menerusi urus tadbir yang cekap berdasarkan inisiatif-inisiatif di dalam Pelan Strategik 2021 hingga 2025 dalam merealisasikan sasaran utama.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk SKM, ANGKASA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Anggota Lembaga Koperasi dan semua anggota KOPETRO di atas kepercayaan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan.

Pengiktirafan itu diumumkan pada Majlis Program Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi anjuran SKM di Aloft Hotel, Kuala Lumpur SENTRAL, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, transformasi budaya kerja kakitangan koperasi turut menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian tersebut.

“Konsep itu selaras dengan pegangan gagasan koperasi yang bergerak seramai mungkin secara bersama-sama bagi membolehkan pembaharuan dan kecemerlangan berlaku.

“Bagi menghadapi cabaran perniagaan tatkala dunia masih lagi berperang dengan pandemik Covid 19, KOPETRO akan berusaha dengan lebih sistematik bagi memastikan kelestarian prestasi koerpasi dapat diteruskan.

“Selain itu, KOPETRO juga menumpukan usaha dengan lebih agresif untuk meningkatkan perniagaan supaya dapat menjana memberikan lebih banyak manfaat untuk menarik lebih ramai anggota untuk menyertai KOPETRO,” katanya.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, selain Servis Kewangan, KOPETRO yang dianggotai lebih 15,000 kakitangan Petronas, juga terlibat di dalam bidang pelancongan dan perhotelan; makanan dan minuman; perdagangan dan peruncitan.

Sebelum ini, ia menerima dua anugerah berprestij pada 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan Lang International Corporate Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN