Berikut kenyataan penuh Bank Negara Malaysia: Perkara Berkaitan 1MDB Bank Negara Malaysia (BNM) merujuk testimoni saksi dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di New York berhubung dengan kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB untuk melabur di luar negara pada tahun 2009. Kesemua pelaburan di luar negara oleh entiti pemastautin tertakluk pada syarat-syarat di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang telah dikuatkuasakan sebelum tahun 2013 (selepas itu diganti oleh…










