Bursa Malaysia dibuka tinggi disokong minat belian berterusan

Kaunter perladangan pacu pertumbuhan Bursa Malaysia

Menurut syarikat itu, hasil bagi tempoh itu juga meningkat 19 peratus kepada RM4.38 bilion berbanding RM3.67 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin pagi disokong oleh minat belian berterusan dalam kaunter perdagangan terpilih walaupun sentimen lemah dalam pasaran serantau.

Pada 11 pagi semalam, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 13.60 mata kepada 1,605.32 daripada 1,591.72 pada Jumaat lalu, selepas dibuka 4.02 mata lebih tinggi kepada 1,595.74.

Bagaimanapun, lingkungan pasaran keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untuk sebanyak 492 berbanding 361, manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,087 tidak diniagakan dan 51 digantung.

Kadar pusing ganti dagangan berjumlah 1.32 billion unit yang bernilai RM967.43 juta.

Di kalangan kaunter perladangan, saham Sime Darby Plantation meningkat 13 sen kepada RM4.91 manakala, IOI Corp. menokok tiga sen kepada RM4.63 dan Kuala Lumpur Kepong meningkat 92 sen kepada RM26.40.

Selain itu, saham Maybank turun satu sen kepada RM8.87, Public Band naik empat sen kepada RM4.41, Petronas Chemicals naik 26 sen kepada RM9.55, CIMB mengukuh lima sen kapda RM5.72 dan IHH Healthcare meningkat 11 sen kepada RM6.59.

Bagi saham aktif, Siab naik 1.5 sen kepada 31.5 sen, SMTrack tidak berubah pada 23.5 sen dan Dagang NeXchange susut lima sen kepada RM1.10.

Berdasarkan indeks, FBM ACE susut 14.89 mata kepada 5,933.95, FBM 70 susut 60.02 mata kepada 13,455.16, Indeks FBM Emas naik 60.45 mata kepada 11,410.69, Indeks FBMT 100 naik 62.96 mata kepada 11,086.13 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 80.08 mata kepada 12,096.55.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menaik 72.10 mata kepada 16,556.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.08 mata kepada 209.73 dan Indeks Perladangan melonjak 212.17 mata kepada 8,310.46. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN